Categories

Sunday 27 January 2013

Awas! Berhati-hati Dengan Wifi Percuma





Mungkin ramai yang suka atau sering online facebook, twitter, email dan sebagainya di tempat awam yang menyediakan kemudahan internet atau wifi percuma terutamanya di kolej, kedai-kedai makan, pusat membeli belah dan sebagainya. Tapi tahukah anda online di tempat terbuka sebenarnya berisiko tinggi untuk di hack? 

Ya betul, online di tempat terbuka memang memudahkan akaun anda di godam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kaedah Rampasan Sesi atau Session Hijacking dengan menggunakan Firesheep iaitu add on yang di buat untuk browser Mozilla Firefox.

Dengan teknik ini, penggodam dengan mudah dapat mencuri cookies iaitu data lengkap tentang akaun seseorang yang terdapat dalam komputer/ laptop pemangsa. Ianya memang mudah bagi yang pakar.. hehe.. Apabila dapat cookies atau data ni, pengodam hanya terus masuk ke akaun pemangsa tanpa perlu log in, bahaya bukan? bagaimana dengan urusan perbankan? memang bahaya.

Jadi antara tips-tips yang boleh diberi:-

1. Jangan log masuk atau online dekat wifi percuma yang pelik- pelik di kawasan perumahan yang tidak diketahui datang dari mana.

2. Kalau dah selesai urusan di internet, cepat-cepat log keluar dan clear history dan cookies.

3. Jangan log in di mana – mana laman web yang tidak mempunyai https dalam url laman web nya. (Dikatakan laman web yang menggunakan https lebih selamat daripada rampasan sesi Session Hijacking.)

4. Nak selamat, jangan buat urusan perbankan seperti maybank2u, cimb click di tempat awam dan di cyber cafe juga..

p/s: macam-macam cara atau teknik sekarang ni, hati-hati la ye? :)

sumber: nizarazu.com
Reply To This Comment

Awas! Jangan Letak Laptop Atas Katil




Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada sedikit info penting yang perlu diketahui oleh semua, walaupun kisah ini berlaku dah lama tapi mesej yang diberikan sangat penting kepada kita semua.

Sepasang suami isteri kehilangan anak mereka yang berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah mereka. Mangsa baru sahaja berkelulusan MBA dari University of Wisconsin-Madison dua minggu sebelum pulang ke rumah untuk sementara waktu.

Beliau telah makan tengah hari bersama bapanya di rumah dan membuat keputusan untuk kembali bagi membersihkan bilik asrama. Ketika itu, bapanya memberitahu beliau tunggu seketika, untuk bertemu dengan ibunya. Beliau memutuskan untuk tidur sebentar sementara menunggu ibunya pulang dari kerja.

Beberapa lama kemudian jiran-jiran mereka menghubungi 911 apabila mereka melihat asap hitam keluar dari rumah.

Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida.

Jangan gunakan komputer riba di atas katil yang terdapat juga selimut dan bantal.

P/s: Ada juga laptop yang mempunyai security sendiri di mana laptop akan tertutup sendiri jika panas melampau, tapi kalau yang tiada tu, berwaspadalah selalu mana tahu perkara seperti ini boleh berlaku! Mohon sebarkan berita ini kepada orang ramai supaya tiada lagi yang menjadi mangsa.

sumber: nizarazu.com
Reply To This Comment

Laptop Pun Ada Jantina??





Betul ke? hehe.. Haa.. Korang dengar pun macam pelik kan? Bukan hanya mouse je ada jantina, laptop pun ada jugak tau.. hehe.. Apa?  Korang tak percaya?? Cuba hangpa try buat dlu.. Jangan terkejut.. :)

macam ni:-

1. Buka Notepad
2. Copy ayat ni CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"
3. Ok.sekarang boleh save.. Tukar save as type kepada All Files.
4. Save di destkop (senang nak ingat) Save as = love u.vbs
5. Dah save menjadi love u.vbs leh close notepad tersebut.
6. Pergi ke Destkop, then double click file love u.vbs tersebut.
7. Anda akan mendengar seseorang menyebut i love u.. suara lelaki ke perempuan?
8. Kalau suara ganas tu lelaki la.. haha. begitulah sebaliknya

Selamat mencuba, jangan lupa bagitahu laptop korang jantan ke betina..hehehe :D

 p/s: boleh juga dibuat di komputer :)

sumber: nizarazu.com
Reply To This Comment

Awas! Kesan Buruk Menggunakan Laptop Tanpa Bateri




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Semoga anda sihat sentiasa.. Ok, entri kali ni, saya nak bagitahu sesuatu yang mungkin orang tak tahu.. Hah? Apa benda tu? Macam ni, kebanyakan orang bersetuju bahawa menggunakan laptop sambil mengecas bateri akan membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan lama kelamaan akan merosakkan bateri. Tetapi segelintir pakar mengatakan bahawa menggunakan laptop secara langsung tanpa menggunakan bateri sebaliknya berpotensi merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop.

Sebenarnya kedua-dua pendapat ini tidak salah, tetapi perlu diketahui bahawa menggunakan laptop tanpa menggunakan bateri yang dihubungkan terus ke soket elektrik adalah lebih teruk kesannya.

Hal ini kerana arus elektrik akan lansung menuju ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga, sehingga hardware menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepat kerosakan. Selain menyimpan daya, bateri juga menyesuaikan arus yang masuk ke komponen-komponen laptop agar tidak terlalu tinggi.

Selain itu, jika terjadi litar pintas dan arus elektrik yang tidak stabil, ia tentunya sangat membahayakan motherboard dan hardisk. Adalah lebih baik bateri laptop yang mengalami kerosakan daripada motherboard ataupun hardisk yang harganya lebih mahal di bandingkan dengan bateri yang secara puratanya mampu bertahan antara 2-3 tahun.

sumber: nizarazu.com
Reply To This Comment

Friday 25 January 2013

Cara-cara Mencipta Folder Rahsia Dengan Notepad


Seringkali seseorang itu mendapat masalah apabila sesuatu dokumen yang disimpan pada folder dilihat oleh orang ramai. Secara lalai mana-mana folder yang dicipta dan tidak dijaga akan dapat dilihat oleh orang ramai. Terdapat berbagai-bagai cara untuk menyembunyikan folder mahupun dokumen. Dari yang sukar hingga yang mudah seperti cara yang akan dibentangkan sebentar lagi. Anda dapat menggunakan perisian,menyimpannya di media penyimpanan awan dan pelbagai lagi alternatif yang dapat anda gunakan. Tetapi,untuk penulisan kali ini penulis akan bawakan kepada anda tutorial untuk membuat folder rahsia dengan menggunakan peralatan yang tersedia pada sistem operasi Windows itu sendiri. Tanpa membuang masa lagi,kita teruskan kepada tujuan kita.

Langkah-langkah mencipta sebuah folder rahsia :-

1. Buka aplikasi Notepad.

2. Salin dan tampal kod dibawah.

cls@ECHO OFF
title Folder Locker if EXIST "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" goto UNLOCK if NOT EXIST Locker goto MDLOCKER :CONFIRM echo Are you sure u want to Lock the folder(Y/N) set/p "cho=>" if %cho%==Y goto LOCK if %cho%==y goto LOCK if %cho%==n goto END if %cho%==N goto END echo Invalid choice. goto CONFIRM :LOCK ren Locker "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" attrib +h +s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" echo Folder locked goto End :UNLOCK echo Enter password to Unlock folder set/p "pass=>" if NOT %pass%== kata laluan. goto FAIL attrib -h -s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" ren "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" Locker echo Folder Unlocked successfully goto End :FAIL echo Invalid password goto end :MDLOCKER md Locker echo Locker created successfully goto End :End


3. Ubah perkataan “Kata laluan” kepada kata laluan anda.

4. Simpan fail anda atas sebarang nama dan diakhiri dengan format fail .bat
Cth:– Kunci.bat

5. Simpan fail tersebut dimana-mana ruang penyimpanan yang terdapat dalam komputer anda.



6. Klik dua kali untuk menjalankan program tersebut. Anda akan dapati satu tetingkap cmd akan terbuka menggesa anda agar memasukkan kata laluan untuk mengakses fail tersebut. 



7. Setelah anda memasukkan kata laluan dan klik 'Enter' anda akan dapati sebuah folder dengan namaLocker terbina. Masukkan sebarang dokumen ke dalam folder tersebut.



8. Setelah anda selesai memasukkan dokumen anda ke dalam folder Locker. Klik kembali program Kunci.bat tadi. Satu tetingkap akan muncul memberi pilihan kepada anda untuk mengunci folder Locker ataupun tidak. Taip Y untuk Ya! dan N untuk Tidak!. Klik 'Enter'.



9. Selesai sudah tutorial untuk hari ini. Sekiranya anda ingin masukkan sesuatu dokumen. Lakukan perkara yang sama pada nombor 6 dan 7.

Peringatan :- Jangan pindah fail Kunci.bat atau segala macam dokumen dalam folder Locker akan hilang. Pastikan anda letakkan fail Kunci.bat di tempat yang bersesuaian.

sumber: gempak.org
Reply To This Comment

Twitter Memperkenalkan Aplikasi Vine Untuk Pengguna iOS


Setelah memperlihatkan beberapa petanda sebelum ini, hari ini Twitter secara rasminya memperkenalkan aplikasi Vine kepada para pengguna peranti iOS, sekaligus memudahkan perkongsian video oleh para pengguna.

Melalui Vine, ia membolehkan para pengguna merakamkan video selama 6 saat, dan memuat-naiknya terus daripada peranti mudah-alih mereka. Perkara ini sekaligus memudahkan perkongsian pelbagai perkara, selain hanya berkongsi gambar sahaja sebelum ini.

Bagi para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Vine daripada AppStore secara percuma, dan mula berkongsi pelbagai video rakaman mereka bersama-sama yang lain. Twitter dijangka akan memperkenalkan aplikasi serupa untuk platform lain tidak lama lagi.

Untuk tahu dengan lebih lanjut: Vine iOS

sumber: www.gempak.org
Reply To This Comment

Thursday 24 January 2013

Apa Itu VPN?




Salam 1 Malaysia..Orait, entri kali ni saya nak cerita kat anda apa itu VPN? Anda pernah dengar VPN? Kalau pernah, bagus.. Kalau yang tak pernah tu, it's ok.. :) 

Ok, Apa benda VPN ni? VPN adalah Virtual Private Network atau dalam bahasa Malaysianya adalah Rangkaian Peribadi Maya. Jika sebelum ini kita pernah dengar tentang SKMM menyekat laman perkongsian fail. Jadi apa gunanya VPN ini? Ia merupakan rangkaian peribadi anda dimana tiada seorang pun boleh tahu apa yang anda lakukan termasuk pembekal perkhidmatan internet. Bezanya VPN dengan rangkaian biasa ialah dalam rangkaian biasa, kita mempunyai jejak yang ditinggalkan di internet dimana sesiapa sahaja boleh menjejaki anda termasuk lokasi anda.

Bagaimana VPN Berfungsi?

VPN berfungsi dengan cara mewujudkan 'terowong' (tunnel) yang dienkrip untuk tujuan sekuriti maksima dengan jenis-jenis enkripsi tertentu, contohnya Enkripsi Blowfish.

Melalui terowong ini pula, anda akan dapat faedah :

1. Komunikasi dua hala yang lebih selamat

2. Bebas dari ancaman penggodam

3. Menyembunyikan IP asal dan menggantikan dengan IP pelayan VPN.

4. Untuk mendapatkan kembali akses ke laman web yang telah disekat, seperti forum, game online, laman video streaming, laman sosial dan lain-lain

5. Untuk memiliki keselamatan yang lebih baik ketika membeli secara online

6. Untuk menghentikan pembekal enjin carian daripada mengumpulkan dan mencatat maklumat tentang sejarah internet mereka dan kebiasaan carian

7. Sebagai langkah anonimiti di internet

8. Membolehkan teknologi P2P berfungsi kembali (Torrent)

9. Mengubah IP bererti mengubah geolokasi, dan anda dapat tampil seolah-olah dari mana-mana sudut dunia, bahkan dari US sekalipun

Jadi bagaimana dengan dakwaan yang mengatakan VPN dapat melepasi kuota atau had bandwidth bulanan broadband/ISP?



Sebenarnya sama ada anda menggunakan VPN atau tidak, sambungan internet anda masih melalui ISP anda terlebih dahulu. Cuma bezanya, ketika anda menggunakan sambungan VPN, komunikasi anda dienkripsi dan data tidak dapat dibaca oleh mana-mana pihak. Namun itu tidak bererti bandwidth anda juga begitu!

Bagi mana-mana servis VPN yang mendakwa servis mereka dapat melepasi (bypass) kuota broadband, mengapa anda tidak katakan perkara yang benar, bahawa itu semua berlaku kerana kelemahan sekuriti dari penyedia servis tersebut (security flaw)? Ia bukan 'jasa' dari VPN anda, sebaliknya hanyalah berlaku dari kelemahan sekuriti dan kemudian dimanipulasi oleh sambungan terekripsi itu tadi. Sekiranya kelemahan sekuriti ini diketahui oleh penyedia servis, ia akan segera ditampal. Tetapi sebagaimana yang kita ketahui, sehingga sekarang nampaknya ia masih belum dilakukan.

Tujuan asal VPN dicipta sememangnya bukan untuk melepasi kuota broadband! Ianya lebih dari itu! Saya minta anda bercakaplah dengan fakta bukan auta semata-mata.

Jangan buat kesimpulan sendiri, fikir baik-baik sebelum menyebarkan sesuatu.

sumber: www.myy.my, www.gempak.org
Reply To This Comment

Waktu yang Digalakkan Minum Air Masak




Hello guys.. long time no see.. hehe.. biasa lah, sibuk edit blog ni nak bagi Osem.. hehe.. Orait, kali ni saya nak bagitahu anda semua sesuatu yang mungkin anda tak tahu, atau mungkin anda pernah membacanya.. Hah, tengok tajuk pun tau nak cerita apa.. hehe.. Ini adalah waktu-waktu yang digalakkan korang nak minum air masak..

Minum dua gelas air masak – SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

Minum segelas air masak – 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

Minum segelas air masak – SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

Minum segelas air masak – SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.

Reply To This Comment

Thursday 17 January 2013

Cara-Cara Nak Jimatkan Bateri Laptop





Aktiviti yang terus menerus pada laptop akan menyebabkan kuasa bateri berkurangan dengan cepat. Disini dinyatakan tip-tip yang boleh anda lakukan untuk menjimatkan bateri pada laptop anda:

  • Turunkan kecerahan skrin laptop anda. Untuk mengurangkan anda boleh setkan pada menu “brightness” pada laptop anda.
  • Disable keyboard backlighting khususnya untuk produk Macintosh yang mana anda perlu cari menu keyboard tab.
  • Tetapkan Energy Saver untuk mengurangkan putaran hardisk. Buka control panel pilih power option dan setkan mengikut keperluan anda.
  • Tetapkan Laptop pada kedudukan standby. Ini dapat menjimatkan bateri semasa anda tidak mengunakannya walaupun laptop masih “on”.
  • Keluarkan optical disk seperti cd atau dvd dalam dvrom. Ini adalah kerana jika terdapat optical disk dalam dvdrom atau cdrom ia akan berputar walaupun tidak membuka atau membacanya.
  • Tambah RAM yang banyak atau meningkatkan kuasa memori laptop.
  • Menaip menggunakan aplikasi Notepad bukannya Microsoft word. Siap menaip baru mengeditnya dalam Microsoft word.
  • “OFF” semua applikasi yang tidak digunakan seperti wireless, webcam, usb dan sebagainya jika anda tidak menggunakannya.
sumber: http://www.nizarazu.com
Reply To This Comment

Kesan Tutup Laptop/Komputer Tanpa Shut Down





Mesti ada di antara korang yang suka tutup komputer/laptop tanpa tekan butang Shut Down atau Turn Off terlebih dahulu bukan? Ya, memang ada. Ini disebabkan kemalasan korang nak tunggu proses shut down yang agak mengambil masa..Hehe.. Jangan marah.. :) Tetapi tahukah anda, ada kesan buruk jika tutup komputer/laptop tanpa shutdown komputer.Hah?? Apa dia??

Antara kesan buruk menutup laptop/komputer tanpa shutdown ialah :-

  • Kehilangan data pada registry dimana semasa komputer dalam proses pengendalian atau masih beroperasi, komputer akan mendaftar atau registry komponen komputer yang tersedia ada atau pun applikasi yang telah digunakan, ini akan mengakibatkan komponen atau aplikasi tidak dapat disimpan pada registry, ianya akan mengakibatkan sistem recovery tidak berfungsi sebaiknya.
  • Akan mengurang jangka hayat komponen komputer dimana semasa komputer di shutdown unit pemprosesan atau pun processor memberi arahan kepada bios untuk memberhentikan segala kerja komponen yang terdapat,ianya jugak mengawal arus keluar masuk pada komponen, jika anda mematikan komputer dengan arus tidak betul lama kelamaan komponen anda akan cepat rosak.
  • Processor akan mudah rosak dimana semasa shutdown bios akan memainkan peranan penting bagi mematikan fun cooller pada processor, jika ianya dimatikan secara mengejut maka tersentak processor.
  • Memory mudah rosak dimana semasa shutdown sistem memory atau cache akan dikosongkan, ianya akan mengakibatkan kerosakan pada memory.
  • Hard disk rosak dimana jika sistem operasi tidak ditutup secara shutdown dan betul mengikut langkah, makan berkemungkinan cakera yang terdapat pada hard disk mudah rosak, kerana bekalan arus terdapat dimatikan secara mengejut, head atau kepala hard disk akan cepat rosak.

sumber: http://www.nizarazu.com

Reply To This Comment

Apa Itu OS?




Salam kepada semua. Ok, Entri kali ni saya nak bercerita tentang OS. Korang mesti pernah dengar benda ni kan? Tapi, korang tau ke apa benda ni? Biar saya cerita sikit apa benda OS ni sebenarnya.

apa itu OS? Nama penuh OS ialah Operating System, yang membawa maksud Sistem Pengoperasian. Windows XP adalah sejenis OS, begitu juga dengan Windows Vista dan Windows 7, kesemuanya datang dari keluarga Windows NT. Selain daripada Microsoft Windows yang anda kenali, terdapat juga OS lain seperti Unix yang selalu dijalankan di server; Mac OS X yang dijalankan pada komputer Apple; serta Linux seperti Ubuntu, Fedora, dan Knoppix.

Dalam sebuah komputer, OS berfungsi sebagai perantara di antara software dan hardware. Ia juga bertanggungjawab dalam mengagihkan sumber komputer – seperti memori dan CPU – kepada setiap aplikasi yang dijalankan.

Katakanlah anda sedang menaip surat menggunakan Microsoft Word. Apabila anda ingin mencetak dokumen tersebut, OS akan bertanggungjawab untuk menyampaikan arahan dari Microsoft Word (software) kepada printer (hardware). Interaksi lazim antara software dan hardware ini diuruskan oleh OS supaya aplikasi tersebut tidak perlu menguruskannya sendiri, sekaligus memudahkan programmer membuat aplikasi.

Windows NT (New Technology) adalah keluarga sistem pengendalian dihasilkan oleh Microsoft, versi pertama yang dikeluarkan pada Julai 1993. Ia yang asalnya merekakan sebagai sistem pengendalian berkuasa berasaskan bahasa tahap tinggi, bebas daripada pemproses, pemprosesan berganda dan pengguna berganda dengan ciri-ciri berbeza dengan Unix. Ia bertujuan untuk melengkapi versi-versi pengguna Windows yang berdasarkan MS-DOS. NT adalah betulnya versi 32-bit penuh Windows, manakala versi pengguna sejawat, Windows 3.1x danWindows 9x, adalah hibrid 16-bit/32-bit. Windows 2000, Windows XP, Windows Server 2003, Windows Vista, Windows Server 2008, danWindows Home Server berdasarkan sistem Windows NT system, walaupun mereka tidak dijenamakan sebagai Windows NT.

sumber: http://mydragonforce.wordpress.com
Reply To This Comment

Sunday 13 January 2013

Apa Itu ‘Telefon Bimbit’ Ori Set, AP Set dan Underwater Set?




APA ITU ‘TELEFON BIMBIT’ ORI SET, AP SET & UNDERWATER SET?

Terdapat tiga jenis henfon, bukan tiga jenama henfon, tapi tiga jenis bentuk edaran henfon iaitu:
  1. Original Authorised Set
  2. AP Set (Diimport secara sah)
  3. Underwater Set (Henfon seludup)
Original Authorised Set (ORI)

Apa yang dimaksudkan dengan ORI sebenarnya ialah telefon-telefon yang diedarkan oleh PENGEDAR YANG SAH yang dilantik dan diberi lesen pengedaran yang khas oleh pengeluar-pengeluar telefon seperti Nokia, Samsung, Motorola, SonyEricsson, Siemen dan lain-lain lagi.

Telefon ini telah disediakan khas untuk jualan di Malaysia dengan beberapa sistem yang diselaraskan dengan sistem yang disokong oleh industri telekomunikasi Malaysia. Contohnya sistem bahasa Malaysia dalam telefon bimbit dan dalam buku panduannya.

Walaupun harganya mungkin agak mahal, tetapi anda akan rasa lebih selamat menggunakannya kerana jaminan yang diberikan adalah jaminan oleh PENGILANG sendiri. Ertinya, sekiranya berlaku kerosakan telefon anda, termasuk kerosakan kamera, anda boleh claim warranty dalam tempoh jaminan tersebut. Bahkan dalam sesetengah kes, pada luar tempoh jaminan pun dapat juga.

Cari sahaja cawangan NOKIA, atau SAMSUNG atau apa jua jenama di negeri-negeri seluruh Malaysia, anda boleh bawa ke mana-mana cawangan jika ada kerosakan. Bahkan bagi sesetengah telefon ada Insurans untuk kerosakan apabila telefon masuk air pun!

Berikut adalah senarai pengedar SAH (authorized distributor) bagi jenama telefon di Malaysia:

  • Nokia - Zitron, Avaxx dan I-mobile/Samart.
  • Samsung - FMG (Sole Distributor)
  • Motorola - FMG, Brightstar dan I-Mobile/SAMART
  • Sony Ericsson -Midland, Thorus dan T-Choice.
  • Blackberry - Brightstar

Itulah antara Syarikat yang merupakan pengedar yang sah di Malaysia. Selain daripada itu adalah pengedar tidak sah walaupun mereka dakwa ORI set. Selain daripada jaminan yang boleh menenangkan jiwa, anda juga boleh menyertai Club2 dalam internet yang disediakan oleh Samsung / Sony Ericson atau lain-lain dengan memasukkan no siri telefon yang original anda.

AP Set

Apa pula AP set? AP set ialah telefon yang diimport dengan kebenaran kastam, yakni telah dicukaikan oleh kastam dengan mendapat Approval Permit. AP set ertinya telefon ini diimport oleh Syarikat yang selain daripada pengedar yang sah (authorised distributor) seperti yang telah disebutkan tadi.

Ada di antara syarikat-syarikat yang import ini adalah syarikat yang besar. Jadi mereka boleh memberi jaminan yang agak elok juga, kerana syarikat jenis ini banyak cawangan di seluruh malaysia. Jaminan yang diberikan bukanlah jaminan daripada NOKIA atau SAMSUNG atau SE atau dengan kata lain, bukan jaminan pengilang, tetapi jaminan oleh pengimport itu sendiri.

Oleh itu, jaminannya sangat terhad. Terutama apabila telefon mempunyai masalah sehingga Charger dengan beteri kadang kala barang tiruan yang digunakan, bukan yang original daripada kilang telefon itu sendiri.

Underwater Set

Underwater set ialah henfon yang dimasukkan ke Malaysia secara haram, tanpa membayar cukai. harganya jauh lebih murah, tetapi jaminan yang diberikan oleh penjual sahaja. Ertinya kalau rosak, anda tak boleh pergi ke tempat lain kecuali kedai itu. Charger dan beteri biasanya adalah yang tiruan saja.

Antara AP dan Underwater ini kadang-kadang saling bercampur baur. Ada yang didakwa AP tetapi sebenarnya diimport secara haram. Bahkan kalau anda periksa di telefon anda ada logo VODAPHONE, ataupun TIM, memang sahlah telefon itu adalah underwater, atau pun sekurang-kurangnya AP.

Jadi, bila membeli yang AP atau yang ORI, anda janganlah mengharapkan warranty yang bagus. Apatah lagi kalau masuk air.

BAGAIMANA NAK MENGETAHUINYA???

Bagaimana nak tahu yang diedarkan secara sah atau telefon jenis Authorised ini. Untuk nak tau sama ada telefon itu jenis edaran oleh pengedar sah ini;

Paling utama:
anda kena lihat pada sticker belakang henfon, kalau tertulis selain dariapada syarikat2 yang sah yg disebutkan di atas, maka ia adalah AP atau Underwater. Stiker yang ORI biasanya tidak akan ditampal melindungi nombor siri telefon.

Kedua:
anda boleh tengok kad warranty, kad warranty daripada pengedar sah, akan tertera nama syarikat pengedar yang sah tersebut.

Ketiga:
No Siri telefon: IMEI di belakang battery henfon itu sama dengan nombor siri di kotak. Jika anda membeli yang ORI, pastikan anda dapat kotak yang ada Nombor Siri yang sama dengan henfon. Sekalipun di telefon anda tertulis ZITRON, jangan terima kotak yang nombor sirinya berbeza dengan di telefon anda.

Itulah sedikit sebanyak panduan yang mungkin sudah biasa bagi sesetengah orang tapi mungkin satu pengetahuan bagi sesetengah orang. Dengan penjelasan ini, diharap anda tidak tertipu lagi dengan istilah ORI yg selalu digunakan oleh penjual-penjual di kedai telefon bimbit. Sekurang-kurangnya kalau anda nak beli yang AP pun, anda tahu yang itu memang AP dan anda dah tahu yang mana yang ORI dan yang mana yang AP.

Sekarang ini, terpulanglah untuk anda memilih yang mana sesuai bagi anda. Nak murah, pilih AP, ada duit lebih ambik yang ORI lagi selamat.

sumber: http://pmr.penerangan.gov.my
Reply To This Comment

Friday 11 January 2013

Cara-cara Nak Repair Laptop yang Dah Tak boleh On


Salam semua.. huh, tajuk carca merba.. haha.. Orait, entri kali ni saya nak ajar kalian cara-cara nak hidupkan kembali laptop yang tak boleh hidup. Kebanyakan kita semua bila benda ni berlaku, terus jual. Mereka tak tahu yang sebenarnya nak baiki masalah ni amat la mudah. Nak tau macam mana?

Begini, 

- Pertama, cabut segala sumber kuasa yang terpasang di laptop anda seperti bateri dan charger. 

- Kemudian, tekan butang 'Power' selama 30 ke 60 saat. Perkara ini akan mengembalikan cas-cas elektrostatik dalam laptop tu. Ia juga akan mengeringkan cas-cas yang berlebihan dalam laptop. 

- Selepas itu, sambungkan semula charger. CHARGER sahaja, ok.. hehe..  kemudian hidupkan seperti biasa. Wala! Sudah pulih semula.. Mungkin tidak semua laptop boleh dibaiki dengan cara ini. ok, selamat mencuba! :)
Reply To This Comment

Wednesday 9 January 2013

Cara-cara Nak Download Video Daripada Facebook atau Web Selain Youtube



Assalamua'laikum.. Salam 1 Malaysia.. Huh, dah lama jugak tak update blog.. Al maklum la, busy manjang.. hehe.. Ok, entri kali ni saya tak bagitau anda semua cara nak download video daripada facebook atau laman web lain selain youtube.. Mungkin ada yang dah tau.. Saya tunjukkan kepada yang belum mengetahuinya lagi..

Baiklah.. Untuk pengguna Mozilla Firefox, anda perlu menggunakan software yang diberi nama Video DownloadHelperLink download ada kat bawah ni..


Rupanya lebih kurang macam ni lah..


Masa nak download pulak, logo tu akan bercahaya macam ni. klik anak panah sebelah dia dan download..



Ok, bagi pengguna Google Chrome pulak, anda perlu menggunakan software FVD Video Downloader. Link download ada kat bawah ni..


Rupa dia pulak macam ni..


Bila bernyala warna biru, klik dan tekan download.. Senang je kan ?? Selamat Mencuba.. :)

p/s: Kalau nak download video dari youtube, boleh guna ini, www.keepvid.com..
Reply To This Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...