Categories

Friday 25 January 2013

Cara-cara Mencipta Folder Rahsia Dengan Notepad


Seringkali seseorang itu mendapat masalah apabila sesuatu dokumen yang disimpan pada folder dilihat oleh orang ramai. Secara lalai mana-mana folder yang dicipta dan tidak dijaga akan dapat dilihat oleh orang ramai. Terdapat berbagai-bagai cara untuk menyembunyikan folder mahupun dokumen. Dari yang sukar hingga yang mudah seperti cara yang akan dibentangkan sebentar lagi. Anda dapat menggunakan perisian,menyimpannya di media penyimpanan awan dan pelbagai lagi alternatif yang dapat anda gunakan. Tetapi,untuk penulisan kali ini penulis akan bawakan kepada anda tutorial untuk membuat folder rahsia dengan menggunakan peralatan yang tersedia pada sistem operasi Windows itu sendiri. Tanpa membuang masa lagi,kita teruskan kepada tujuan kita.

Langkah-langkah mencipta sebuah folder rahsia :-

1. Buka aplikasi Notepad.

2. Salin dan tampal kod dibawah.

cls@ECHO OFF
title Folder Locker if EXIST "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" goto UNLOCK if NOT EXIST Locker goto MDLOCKER :CONFIRM echo Are you sure u want to Lock the folder(Y/N) set/p "cho=>" if %cho%==Y goto LOCK if %cho%==y goto LOCK if %cho%==n goto END if %cho%==N goto END echo Invalid choice. goto CONFIRM :LOCK ren Locker "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" attrib +h +s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" echo Folder locked goto End :UNLOCK echo Enter password to Unlock folder set/p "pass=>" if NOT %pass%== kata laluan. goto FAIL attrib -h -s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" ren "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" Locker echo Folder Unlocked successfully goto End :FAIL echo Invalid password goto end :MDLOCKER md Locker echo Locker created successfully goto End :End


3. Ubah perkataan “Kata laluan” kepada kata laluan anda.

4. Simpan fail anda atas sebarang nama dan diakhiri dengan format fail .bat
Cth:– Kunci.bat

5. Simpan fail tersebut dimana-mana ruang penyimpanan yang terdapat dalam komputer anda.



6. Klik dua kali untuk menjalankan program tersebut. Anda akan dapati satu tetingkap cmd akan terbuka menggesa anda agar memasukkan kata laluan untuk mengakses fail tersebut. 



7. Setelah anda memasukkan kata laluan dan klik 'Enter' anda akan dapati sebuah folder dengan namaLocker terbina. Masukkan sebarang dokumen ke dalam folder tersebut.



8. Setelah anda selesai memasukkan dokumen anda ke dalam folder Locker. Klik kembali program Kunci.bat tadi. Satu tetingkap akan muncul memberi pilihan kepada anda untuk mengunci folder Locker ataupun tidak. Taip Y untuk Ya! dan N untuk Tidak!. Klik 'Enter'.



9. Selesai sudah tutorial untuk hari ini. Sekiranya anda ingin masukkan sesuatu dokumen. Lakukan perkara yang sama pada nombor 6 dan 7.

Peringatan :- Jangan pindah fail Kunci.bat atau segala macam dokumen dalam folder Locker akan hilang. Pastikan anda letakkan fail Kunci.bat di tempat yang bersesuaian.

sumber: gempak.org

No comments:

Post a Comment

Ada masalah bagitahu saya, Insyaallah saya boleh tolong.. ^.^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...