Categories

Friday 25 January 2013

Twitter Memperkenalkan Aplikasi Vine Untuk Pengguna iOS


Setelah memperlihatkan beberapa petanda sebelum ini, hari ini Twitter secara rasminya memperkenalkan aplikasi Vine kepada para pengguna peranti iOS, sekaligus memudahkan perkongsian video oleh para pengguna.

Melalui Vine, ia membolehkan para pengguna merakamkan video selama 6 saat, dan memuat-naiknya terus daripada peranti mudah-alih mereka. Perkara ini sekaligus memudahkan perkongsian pelbagai perkara, selain hanya berkongsi gambar sahaja sebelum ini.

Bagi para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Vine daripada AppStore secara percuma, dan mula berkongsi pelbagai video rakaman mereka bersama-sama yang lain. Twitter dijangka akan memperkenalkan aplikasi serupa untuk platform lain tidak lama lagi.

Untuk tahu dengan lebih lanjut: Vine iOS

sumber: www.gempak.org

No comments:

Post a Comment

Ada masalah bagitahu saya, Insyaallah saya boleh tolong.. ^.^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...