Categories

Sunday, 27 January 2013

Awas! Berhati-hati Dengan Wifi Percuma





Mungkin ramai yang suka atau sering online facebook, twitter, email dan sebagainya di tempat awam yang menyediakan kemudahan internet atau wifi percuma terutamanya di kolej, kedai-kedai makan, pusat membeli belah dan sebagainya. Tapi tahukah anda online di tempat terbuka sebenarnya berisiko tinggi untuk di hack? 

Ya betul, online di tempat terbuka memang memudahkan akaun anda di godam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kaedah Rampasan Sesi atau Session Hijacking dengan menggunakan Firesheep iaitu add on yang di buat untuk browser Mozilla Firefox.

Dengan teknik ini, penggodam dengan mudah dapat mencuri cookies iaitu data lengkap tentang akaun seseorang yang terdapat dalam komputer/ laptop pemangsa. Ianya memang mudah bagi yang pakar.. hehe.. Apabila dapat cookies atau data ni, pengodam hanya terus masuk ke akaun pemangsa tanpa perlu log in, bahaya bukan? bagaimana dengan urusan perbankan? memang bahaya.

Jadi antara tips-tips yang boleh diberi:-

1. Jangan log masuk atau online dekat wifi percuma yang pelik- pelik di kawasan perumahan yang tidak diketahui datang dari mana.

2. Kalau dah selesai urusan di internet, cepat-cepat log keluar dan clear history dan cookies.

3. Jangan log in di mana – mana laman web yang tidak mempunyai https dalam url laman web nya. (Dikatakan laman web yang menggunakan https lebih selamat daripada rampasan sesi Session Hijacking.)

4. Nak selamat, jangan buat urusan perbankan seperti maybank2u, cimb click di tempat awam dan di cyber cafe juga..

p/s: macam-macam cara atau teknik sekarang ni, hati-hati la ye? :)

sumber: nizarazu.com
Reply To This Comment

Awas! Jangan Letak Laptop Atas Katil




Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada sedikit info penting yang perlu diketahui oleh semua, walaupun kisah ini berlaku dah lama tapi mesej yang diberikan sangat penting kepada kita semua.

Sepasang suami isteri kehilangan anak mereka yang berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah mereka. Mangsa baru sahaja berkelulusan MBA dari University of Wisconsin-Madison dua minggu sebelum pulang ke rumah untuk sementara waktu.

Beliau telah makan tengah hari bersama bapanya di rumah dan membuat keputusan untuk kembali bagi membersihkan bilik asrama. Ketika itu, bapanya memberitahu beliau tunggu seketika, untuk bertemu dengan ibunya. Beliau memutuskan untuk tidur sebentar sementara menunggu ibunya pulang dari kerja.

Beberapa lama kemudian jiran-jiran mereka menghubungi 911 apabila mereka melihat asap hitam keluar dari rumah.

Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida.

Jangan gunakan komputer riba di atas katil yang terdapat juga selimut dan bantal.

P/s: Ada juga laptop yang mempunyai security sendiri di mana laptop akan tertutup sendiri jika panas melampau, tapi kalau yang tiada tu, berwaspadalah selalu mana tahu perkara seperti ini boleh berlaku! Mohon sebarkan berita ini kepada orang ramai supaya tiada lagi yang menjadi mangsa.

sumber: nizarazu.com
Reply To This Comment

Laptop Pun Ada Jantina??





Betul ke? hehe.. Haa.. Korang dengar pun macam pelik kan? Bukan hanya mouse je ada jantina, laptop pun ada jugak tau.. hehe.. Apa?  Korang tak percaya?? Cuba hangpa try buat dlu.. Jangan terkejut.. :)

macam ni:-

1. Buka Notepad
2. Copy ayat ni CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"
3. Ok.sekarang boleh save.. Tukar save as type kepada All Files.
4. Save di destkop (senang nak ingat) Save as = love u.vbs
5. Dah save menjadi love u.vbs leh close notepad tersebut.
6. Pergi ke Destkop, then double click file love u.vbs tersebut.
7. Anda akan mendengar seseorang menyebut i love u.. suara lelaki ke perempuan?
8. Kalau suara ganas tu lelaki la.. haha. begitulah sebaliknya

Selamat mencuba, jangan lupa bagitahu laptop korang jantan ke betina..hehehe :D

 p/s: boleh juga dibuat di komputer :)

sumber: nizarazu.com
Reply To This Comment

Awas! Kesan Buruk Menggunakan Laptop Tanpa Bateri




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Semoga anda sihat sentiasa.. Ok, entri kali ni, saya nak bagitahu sesuatu yang mungkin orang tak tahu.. Hah? Apa benda tu? Macam ni, kebanyakan orang bersetuju bahawa menggunakan laptop sambil mengecas bateri akan membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan lama kelamaan akan merosakkan bateri. Tetapi segelintir pakar mengatakan bahawa menggunakan laptop secara langsung tanpa menggunakan bateri sebaliknya berpotensi merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop.

Sebenarnya kedua-dua pendapat ini tidak salah, tetapi perlu diketahui bahawa menggunakan laptop tanpa menggunakan bateri yang dihubungkan terus ke soket elektrik adalah lebih teruk kesannya.

Hal ini kerana arus elektrik akan lansung menuju ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga, sehingga hardware menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepat kerosakan. Selain menyimpan daya, bateri juga menyesuaikan arus yang masuk ke komponen-komponen laptop agar tidak terlalu tinggi.

Selain itu, jika terjadi litar pintas dan arus elektrik yang tidak stabil, ia tentunya sangat membahayakan motherboard dan hardisk. Adalah lebih baik bateri laptop yang mengalami kerosakan daripada motherboard ataupun hardisk yang harganya lebih mahal di bandingkan dengan bateri yang secara puratanya mampu bertahan antara 2-3 tahun.

sumber: nizarazu.com
Reply To This Comment

Friday, 25 January 2013

Cara-cara Mencipta Folder Rahsia Dengan Notepad


Seringkali seseorang itu mendapat masalah apabila sesuatu dokumen yang disimpan pada folder dilihat oleh orang ramai. Secara lalai mana-mana folder yang dicipta dan tidak dijaga akan dapat dilihat oleh orang ramai. Terdapat berbagai-bagai cara untuk menyembunyikan folder mahupun dokumen. Dari yang sukar hingga yang mudah seperti cara yang akan dibentangkan sebentar lagi. Anda dapat menggunakan perisian,menyimpannya di media penyimpanan awan dan pelbagai lagi alternatif yang dapat anda gunakan. Tetapi,untuk penulisan kali ini penulis akan bawakan kepada anda tutorial untuk membuat folder rahsia dengan menggunakan peralatan yang tersedia pada sistem operasi Windows itu sendiri. Tanpa membuang masa lagi,kita teruskan kepada tujuan kita.

Langkah-langkah mencipta sebuah folder rahsia :-

1. Buka aplikasi Notepad.

2. Salin dan tampal kod dibawah.

cls@ECHO OFF
title Folder Locker if EXIST "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" goto UNLOCK if NOT EXIST Locker goto MDLOCKER :CONFIRM echo Are you sure u want to Lock the folder(Y/N) set/p "cho=>" if %cho%==Y goto LOCK if %cho%==y goto LOCK if %cho%==n goto END if %cho%==N goto END echo Invalid choice. goto CONFIRM :LOCK ren Locker "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" attrib +h +s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" echo Folder locked goto End :UNLOCK echo Enter password to Unlock folder set/p "pass=>" if NOT %pass%== kata laluan. goto FAIL attrib -h -s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" ren "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" Locker echo Folder Unlocked successfully goto End :FAIL echo Invalid password goto end :MDLOCKER md Locker echo Locker created successfully goto End :End


3. Ubah perkataan “Kata laluan” kepada kata laluan anda.

4. Simpan fail anda atas sebarang nama dan diakhiri dengan format fail .bat
Cth:– Kunci.bat

5. Simpan fail tersebut dimana-mana ruang penyimpanan yang terdapat dalam komputer anda.



6. Klik dua kali untuk menjalankan program tersebut. Anda akan dapati satu tetingkap cmd akan terbuka menggesa anda agar memasukkan kata laluan untuk mengakses fail tersebut. 



7. Setelah anda memasukkan kata laluan dan klik 'Enter' anda akan dapati sebuah folder dengan namaLocker terbina. Masukkan sebarang dokumen ke dalam folder tersebut.



8. Setelah anda selesai memasukkan dokumen anda ke dalam folder Locker. Klik kembali program Kunci.bat tadi. Satu tetingkap akan muncul memberi pilihan kepada anda untuk mengunci folder Locker ataupun tidak. Taip Y untuk Ya! dan N untuk Tidak!. Klik 'Enter'.



9. Selesai sudah tutorial untuk hari ini. Sekiranya anda ingin masukkan sesuatu dokumen. Lakukan perkara yang sama pada nombor 6 dan 7.

Peringatan :- Jangan pindah fail Kunci.bat atau segala macam dokumen dalam folder Locker akan hilang. Pastikan anda letakkan fail Kunci.bat di tempat yang bersesuaian.

sumber: gempak.org
Reply To This Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...