Categories

Sunday 5 August 2012

Bob Marley

Aku rasa ramai orang kat luar sana pernah dengar nama Bob Marley ni.. Tapi korang tau tak siapa sebenarnya dia ni??? Kat bawah ni fakta ringkas tentang diri beliau:



Nama: Bob Marley
Pekerjaan: Penulis lirik dan Penyanyi
Tarikh Lahir: 06 Februari 1945
Tarikh Kematian: 11 Mei 1981
Tempat Lahir: St. Ann Parish, Jamaica
Tempat Kematian: Miami, Florida

  • Pada tahun 1963, Marley dan kawannya menubuhkan kumpulan iaitu The Wailing Wailers.
  • Nama The Wailing Wailers melonjak pada tahun 1972 naik selepas sain kontrak bersama Island Records. Lebih daripada 20 juta album terjual dan ini menaikkan nama Marley sebagai penyanyi antarabangsa yang pertama muncul dari Dunia Ketiga. 
  • Lagu beliau berentakan Reggae dan lirik beliau lebih kepada unsur kebebasan.
  • Marley pernah tinggal di Trench Town, salah satu bandar kejiranan yang termiskin.
  • Beliau mendapat inspirasi daripada kehidupan beliau.
  • Neville "Bunny" O'Riley Livingston, sahabat beliau pada zaman kanak-kanak. Bunny yang mendorong Marley bermain gitar.
  • Marley meminati artis seperti Ray Charles, Elvis Presley, Fats Domino, dan the Drifters.
  •  Marley dan Bunny menghabiskan banyak masa terhadap muzik. 
  • Di bawah bimbingan Joe Higgs, Marley berusaha meningkatkan kemahiran menyanyi. Dia juga berjumpa dengan anak murid Higgs, Peter McIntosh, yang juga memainkan peranan penting dalam karier Marley.
  • Beliau meningal dunia disebabkan kanser. Akan tetapi, terdapat banyak konspirasi dan spekulasi tentang kematian beliau.Ada yang mengatakan beliau dibunuh ejen CIA. Ada juga yang mengatakan kematian beliau ada kaitan dengan Freemason. Wallahu'alam.
sumber: www.biography.com

No comments:

Post a Comment

Ada masalah bagitahu saya, Insyaallah saya boleh tolong.. ^.^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...