Categories

Thursday 17 January 2013

Apa Itu OS?




Salam kepada semua. Ok, Entri kali ni saya nak bercerita tentang OS. Korang mesti pernah dengar benda ni kan? Tapi, korang tau ke apa benda ni? Biar saya cerita sikit apa benda OS ni sebenarnya.

apa itu OS? Nama penuh OS ialah Operating System, yang membawa maksud Sistem Pengoperasian. Windows XP adalah sejenis OS, begitu juga dengan Windows Vista dan Windows 7, kesemuanya datang dari keluarga Windows NT. Selain daripada Microsoft Windows yang anda kenali, terdapat juga OS lain seperti Unix yang selalu dijalankan di server; Mac OS X yang dijalankan pada komputer Apple; serta Linux seperti Ubuntu, Fedora, dan Knoppix.

Dalam sebuah komputer, OS berfungsi sebagai perantara di antara software dan hardware. Ia juga bertanggungjawab dalam mengagihkan sumber komputer – seperti memori dan CPU – kepada setiap aplikasi yang dijalankan.

Katakanlah anda sedang menaip surat menggunakan Microsoft Word. Apabila anda ingin mencetak dokumen tersebut, OS akan bertanggungjawab untuk menyampaikan arahan dari Microsoft Word (software) kepada printer (hardware). Interaksi lazim antara software dan hardware ini diuruskan oleh OS supaya aplikasi tersebut tidak perlu menguruskannya sendiri, sekaligus memudahkan programmer membuat aplikasi.

Windows NT (New Technology) adalah keluarga sistem pengendalian dihasilkan oleh Microsoft, versi pertama yang dikeluarkan pada Julai 1993. Ia yang asalnya merekakan sebagai sistem pengendalian berkuasa berasaskan bahasa tahap tinggi, bebas daripada pemproses, pemprosesan berganda dan pengguna berganda dengan ciri-ciri berbeza dengan Unix. Ia bertujuan untuk melengkapi versi-versi pengguna Windows yang berdasarkan MS-DOS. NT adalah betulnya versi 32-bit penuh Windows, manakala versi pengguna sejawat, Windows 3.1x danWindows 9x, adalah hibrid 16-bit/32-bit. Windows 2000, Windows XP, Windows Server 2003, Windows Vista, Windows Server 2008, danWindows Home Server berdasarkan sistem Windows NT system, walaupun mereka tidak dijenamakan sebagai Windows NT.

sumber: http://mydragonforce.wordpress.com

No comments:

Post a Comment

Ada masalah bagitahu saya, Insyaallah saya boleh tolong.. ^.^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...