Categories

Sunday 27 January 2013

Awas! Kesan Buruk Menggunakan Laptop Tanpa Bateri




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Semoga anda sihat sentiasa.. Ok, entri kali ni, saya nak bagitahu sesuatu yang mungkin orang tak tahu.. Hah? Apa benda tu? Macam ni, kebanyakan orang bersetuju bahawa menggunakan laptop sambil mengecas bateri akan membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan lama kelamaan akan merosakkan bateri. Tetapi segelintir pakar mengatakan bahawa menggunakan laptop secara langsung tanpa menggunakan bateri sebaliknya berpotensi merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop.

Sebenarnya kedua-dua pendapat ini tidak salah, tetapi perlu diketahui bahawa menggunakan laptop tanpa menggunakan bateri yang dihubungkan terus ke soket elektrik adalah lebih teruk kesannya.

Hal ini kerana arus elektrik akan lansung menuju ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga, sehingga hardware menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepat kerosakan. Selain menyimpan daya, bateri juga menyesuaikan arus yang masuk ke komponen-komponen laptop agar tidak terlalu tinggi.

Selain itu, jika terjadi litar pintas dan arus elektrik yang tidak stabil, ia tentunya sangat membahayakan motherboard dan hardisk. Adalah lebih baik bateri laptop yang mengalami kerosakan daripada motherboard ataupun hardisk yang harganya lebih mahal di bandingkan dengan bateri yang secara puratanya mampu bertahan antara 2-3 tahun.

sumber: nizarazu.com

No comments:

Post a Comment

Ada masalah bagitahu saya, Insyaallah saya boleh tolong.. ^.^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...